SETELAH sekian lama berteka teki, akhirnya pasangan selebriti popular Neelofa dan PU Riz disatukan dalam satu majlis pernikahan tertutup, pagi tadi.
Majlis yang diberi jolokan ‘Wedding Of The Year’ oleh netizen dek kerana banyak khabar angin sejak sekian lama ini selamat dilangsungkan di Grand Ballroom di Hotel Grand Hyatt.
Dengan sekali lafaz, Neelofa dan PU Riz dinikahkan dengan berwakil walikan adiknya bernama Aqief.
Lebih bermakna apabila hadir bersama sebagai jurunikah buat majlis pernikahan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan tetamu yang hadir di majlis pernikahan itu hanya terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja.
Pasangan pengantin pula tampak manis menggayakan busana berwarna putih sedondon.
Difahamkan, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz bertemakan Jabal Rahmah itu turut diserikan dengan tetamu yang memakai sepersalinan putih yang melambangkan kesucian sesebuah majlis pernikahan. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/neelofa-pu-riz-nikah-pagi-ini/

