Armada sedia bantu SPR laksana Undi 18

0
2

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada), Bersatu kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang menunda pelaksanaan Undi 18 dari Julai 2021 ke September 2022. 

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata Armada kekal dengan berpendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun tetap perlu dilaksana seperti yang dirancang. 

“Bagaimanapun Armada memahami SPR perlu meneliti kaedah yang paling sesuai untuk memastikan bahawa kemasukan pengundi baru yang berumur 18-21 dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak. 

“Armada juga bersedia untuk menghulurkan kerjasama kepada semua agensi kerajaan yang terbabit demi mempercepat proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurutnya, usaha bersepadu semua pihak yang lebih bersasar perlu disertai dengan iltizam politik atau ‘political will’ untuk memastikan pelaksanaan aspirasi Undi 18 menjadi kenyataan. 

“Satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan Undi18 juga perlu segera dibentangkan kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here