Lebih 70,000 lengkapkan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech

0
1

SERAMAI 74,289 rakyat Malaysia sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama setakat semalam.

Secara kumulatif keseluruhan 501,976 individu sudah divaksin dengan 436,687 menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech atau vaksin Sinovac.

Data dan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 60,521 individu menerima dos pertama dan 4,224 dos kedua.

Di Perak (49,528 dos pertama, 7,197 dos kedua), Sabah (41,415 dos pertama, 1,796 dos kedua) dan Kuala Lumpur (37,617 dos pertama, 7,769 dos kedua).

Sarawak pula (36,245 dos pertama, 10,623 dos kedua), Pahang (33,320 dos pertama, 7,162 dos kedua), Johor (32,162 dos pertama, 5,666 dos kedua) dan Pulau Pinang (31,189 dos pertama, 2,756 dos kedua).

Kedah (26,310 dos pertama, 4,469 dos kedua), Kelantan (19,756 dos pertama, 7,922 dos kedua dan Terengganu (20,055 dos pertama, 4,601 dos kedua ).

Di Negeri Sembilan (21,017 dos pertama, 2,942 dos kedua), Melaka (11,094 dos pertama, 2,545 dos kedua), Perlis (9,530 dos pertama, 1,561 dos kedua), Putrajaya (4,621 dos pertama, 1,469 dos kedua) dan akhir sekali Labuan (2,345 dos pertama, 1,567 dos kedua). – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/lebih-50000-lengkapkan-dos-kedua-vaksin-pfizer-biontech/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here