SEBONGKAH konkrit jatuh daripada sebuah lori di lorong tengah jalan raya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, jam 7 pagi tadi.
Menurut Twitter, SUKE Expressway, kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).
“#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (bukan dari projek SUKE) di lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang.
“Patuhi arahan petugas trafik di lokasi,” tulisnya.
Susulan itu, lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup sementara waktu sehingga kerja mengalihkan bongkah konkrit selesai.
Bagaimanapun, SUKE Expressway kemudian melaporkan lorong terbabit telah dibuka semula untuk kegunaan pengguna jalan raya. – Malaysiapost

