EMPAT lagi kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti dengan dua daripadanya berkait rapat di tempat kerja dan masing-masing satu kluster komuniti serta kumpulan berisiko tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak.
Kluster Jalan Wawasan Dua (Batu Pahat) dengan 24 kes
Kluster Industri Permata Dua (Seremban) dengan 51 kes
Kluster Jalan Alam (Kuala Langat, Klang dan Petaling) dengan 16 kes
Kluster Chupak (Serian dan Samarahan) dengan 57 kes.
Noor Hisham berkata, sebanyak 1,314 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 395 kluster aktif dan 56 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Menurutnya, lapan kluster yang tamat hari ini adalah Kubang Jambu, Jalan Geronggang, Bukit Tengah, Pangkal Changgong, Ladang Segama, Tapak Bina Jalan Abdul Aziz, Jalan Dato Yunus dan Tapak Bina Jalan Emas, menjadikan 919 kluster berakhir sehingga kini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah Tapak Bina Persiaran Sunsuria (52 kes), Industri Permata Dua (51 kes) dan Teknologi Lot Enam (48 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. -MalaysiaPost

