Bab ekonomi, tak usah lawan Bossku – Isham Jalil

0
1
isham jalil

Nurul Huda Abhar

AKHIRNYA Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku hutang negara telah lebih had 60 peratus dari saiz ekonomi negara (KDNK), kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil.

Beliau memetik kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) yang melaporkan hutang negara adalah sebanyak RM820.7 bilion atau 58.0 peratus daripada KDNK setakat hujung tahun 2020, dan menjangkakan hutang akan mencecah 58.5% daripada KDNK pada 2021.

“Ia adalah merujuk kepada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) (seperti yang ditakrif dan diperuntukkan di bawah Akta Covid-19).

“Apabila mengambil kira pinjaman pesisir luar dan pinjaman-pinjaman lain, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM879.6 bilion atau 62.2 peratus daripada KDNK.

“Lain kali bab-bab ekonomi ini, tak usahlah lawan Bossku bro,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, MOF dalam kenyataan hari ini menjelaskan had setiap jenis hutang kerajaan di bawah lunas undang-undang masih dipatuhi bagi memastikan disiplin di dalam pengurusan fiskal.

Menurut Tengku Zafrul, hutang Kerajaan Persekutuan merangkumi segala jenis hutang sama ada dalam atau luar negara.

Hutang Dalam Negara tertakluk kepada Akta Pinjaman (Tempatan) 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.

Akta-akta ini meliputi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) serta Bil-bil Perbendaharaan (MTB)2 .

Di luar akta-akta ini, hutang dalam negara turut melibatkan Sukuk Perumahan Kerajaan kerana sebelum 2016, pinjaman perumahan awam masih dianggap sebagai hutang negara, lebih kurang 3% daripada keseluruhan hutang Kerajaan.

Manakala hutang luar negara atau pinjaman pesisir luar adalah untuk projek-projek (seperti pinjaman dari JICA atau IDB) dan pinjaman pasaran (seperti sukuk global atau Bon Samurai). Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 turut menetapkan had sebanyak RM35 bilion sahaja dan had ini sentiasa dipatuhi..

Katanya, sebelum Covid-19, had Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kendiri sebanyak 55% telah digunapakai bagi hutang domestik dan luar negara.

Tetapi, apabila negara dilanda Covid-19, dasar fiskal yang lebih fleksibel diperlukan untuk menyelamatkan nyawa dan kelangsungan hidup. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here