Saya dah masuk pejabat, semuanya ok – KJ

0
3

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah masuk semula ke pejabat dan bekerja sepanjang hari, 24 jam selepas menerima vaksin Sinovac keluaran China.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Khairy memaklumkan beliau dalam keadaan baik.

“Sehari selepas disuntik saya telah masuk ke pejabat dan bekerja sepanjang hari. Tiada apa-apa kesan sampingan cuma sengal sedikit di bahagian bahu yang dicucuk.

“Cuma malangnya, kesan sampingan penguasaan Mandarin yang agak bagus, kini sudah tiada lagi,” katanya.

Kelmarin, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Sinovac keluaran China. 

Beliau menerima suntikan itu di Hospital Rembau. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/18/kj-individu-pertama-di-malaysia-terima-vaksin-sinovac/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here