4 tahanan loloskan diri dari pusat tahanan

0
1

EMPAT banduan warga tempatan meloloskan diri dari Pusat Tahanan dan Penerimaan (PTP) di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau Batu 13, Jalan Mersing–Kluang, semalam.

Bagaimanapun, tiga daripadanya berjaya diberkas semula manakala seorang lagi masih dalam buruan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4.50 petang itu daripada warden penjara yang memaklumkan kejadian membabit banduan warga tempatan.

Menurutnya, pegawai warden turut memaklumkan tiga diantara suspek berkenaan telah berjaya ditangkap semula oleh pihak penjara, manakala seorang lagi suspek telah berjaya melarikan diri.

“Keempat-empat suspek berkenaan merupakan warga tempatan adalah banduan yang telah dituduh di mahkamah dan dihantar ke kem PLKN terbabit bagi tapisan keselamatan Covid-19 PTP selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh.

“Susulan itu, pihak polis sedang melakukan Op Tutup disemua pintu keluar dan masuk diseluruh daerah Kluang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dijalankan oleh pihak polis dan anggota penjara serta khidmat anjing pengesan K9 penjara juga digunakan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu pihak polis boleh menyalurkannya kepada Balai Polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784256 atau 014-3656822,”katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here