PKPD Taman Serumah Sarawak tamat malam ini

0
2

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Serumah dekat Siburan, Sarawak akan ditamatkan tengah malam ini seperti dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu diputuskan selepas menilai data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selain menjalankan penilaian risiko bersama pelbagai agensi.

“Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak yang dijadualkan tamat esok, 20 Mac 2021.

“Sehingga kini, KKM melaksanakan 462 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 27 kes direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Serumah, Siburan, Bahagian Serian, Sarawak pada 20 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here