Noor Nabila, Engku Emran sah bernikah

0
1

SPEKULASI majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab, selepas pasangan itu selamat diijab kabul.

Menerusi laman Instagram selebriti popular, Neelofa menunjukkan pernikahan mereka berdua berlangsung pagi tadi di sebuah masjid.

Dalam pada itu, Ameera Khan turut berkongsikan di laman Instagramnya majlis resepsi Noor Nabila dan Engku Emran yang sedang berlangsung.

Semalam, khabar angin tentang majlis pernikahan mereka bertiup kencang di media sosial.

Sebelum ini, Emran juga pernah memberi bayangan tentang hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan refleksi muka Nabila di skrin radio di dalam keretanya.

Selain itu, dakwaan Emran sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga Nabila menguatkan lagi spekulasi tersebut.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here