Bapa Achey meninggal dunia

0
1

BAPA kepada pelawak, Achey Bocey iaitu Hamzah Salam, 85 meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, tengah malam tadi.

Berita itu dimaklumkan menerusi Instagram Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah pada jam 12 tengah malam tadi.

“Tiada lagi abah tapi abah tetap dalam diri kami,” katanya.

Achey turut memuat naik sekeping foto berwarna hitam putih sambil menundukkan kepala ke lantai, yang terkesan dengan permergian bapanya.

Sebelum itu, Achey sempat meminta doa daripada pengikutnya selepas menerima berita bapanya dikejarkan ke Hospital Segamat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya tak boleh dan fikir dah. Jadi tergamam sekejap.

“Tahun lepas Muzikal Lawak Superstar, arwah ayah mentua, tahun ini diuji pula abah tak sedar dalam program yang sama,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here