KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan satu mesej tular mendakwa 56 kes kematian membabitkan suntikan vaksin Sinovac yang dikongsi seorang penguna Twitter.
KKM dalam kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan, dakwaan yang tular itu tidak benar sama sekali.
“Dakwaan daripada pengguna Twitter itu adalah tidak benar. Hong Kong menafikan perkara tersebut dan memaklumkan kematian itu bukan disebabkan oleh vaksin Sinovac.
“Mohon untuk tidak menyebarkan berita-berita yang tidak tepat kerana ia boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.
Ciapan oleh seorang pengguna Twitter itu mendakwa 56 kes kematian dilaporkan setelah menggunakan vaksin Sinovac di Hong Kong .
Dalam ciapan sama, individu itu mendakwa bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut tidak mempercayai vaksin itu. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:

