PKP di Nabawan dilanjutkan, PKPD di Pulau Tioman

0
2

Nilam Oshman

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Nabawan, Sabah dilanjutkan bermula 17 Mac sehingga 30 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini melaksanakan PKP di Daerah itu yang dijadualkan tamat esok.

Beliau berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 3,079 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 279 kes direkodkan.

“Bagaimanapun, KKM mengesahkan masih terdapat baki 872 sampel saringan yang belum mendapat keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKP di Daerah Nabawan, Sabah selama 14 hari lagi bermula 17 Mac sehingga 30 Mac 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Tioman, Rompin, Pahang bermula esok hingga 29 Mac ini.

Katanya, KKM hari ini melaporkan situasi kes Covid-19 di kawasan terbabit.

“Sehingga 14 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif telah direkodkan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pulau Tioman, daerah Rompin, Pahang bermula 16 Mac hingga 29 Mac 2021,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/14/ingkar-sop-pkp-109-individu-dikompaun-mencecah-rm-1-13-juta/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here