Kalimah Allah: Kerajaan failkan rayuan

0
1

KERAJAAN memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, yang membenarkan penganut Krisitian di seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam pendidikan dan buku agama mereka.

Memetik laporan portal berita FMT, notis rayuan telah difailkan pagi tadi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan salinan diserahkan kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan serta peguam mewakili Jill Ireland.

Kerajaan sebelum ini diberi 30 hari untuk membuat keputusan berhubung tindakan selanjutnya dalam kes itu.

Peguam Cara Negara Abdul Razak Musa mengesahkan pemfailan itu kepada portal terbabit.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/10/mahkamah-benarkan-kristian-guna-kalimah-allah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here