KDN, ROS ada bukti kukuh haramkan DAP – Noor Hariri

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa mengambil tindakan segera terhadap DAP termasuk mengharamkannya jika benar berlaku penipuan dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Negeri seperti yang didakwa berlaku sewaktu Konvensyen DAP Perak di Ipoh hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata KDN perlu tegas dalam hal itu bagi menjaga integritinya yang menjaga pengurusan Organisasi Pertubuhan.

“Konvensyen DAP Perak kecoh hari ini apabila terdapat dakwaan berlaku penipuan mengenai jumlah perwakilan yang dibenarkan mengundi bagi Pemilihan AJK DAP Negeri.

“Penganjur Mesyuarat semestinya mewakili pasukan Pengerusi DAP Perak iaitu, Nga Kor Ming yang didakwa membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi melebihi masa yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, cara dangkal seperti ini dibuat oleh barisan kepimpinan DAP sekarang bagi mengekalkan kedudukan mereka.

“Sudah tentu kelayakan masa pendaftaran merupakan perkara mandatori yang membolehkan parti DAP dibatalkan pendaftarannya.

“Jika diperhatikan balik semasa pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 2013, DAP pernah terpalit dengan penipuan berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan, untuk memberi kemenangan kepada Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung,” katanya.

Menurutnya, KDN perlu tegas dalam hal itu dan hak perwakilan ahli parti perlu diberi dengan adil bagi membolehkan perubahan dapat dilakukan dalam organisasi.

Terdahulu, Konvensyen DAP Perak ke-19 hari ini kecoh, apabila timbul dakwaan wujud pengundi hantu yang akan memilih ahli ke Jawatankuasa Negeri serta isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja Guan Eng selesai berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-19, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP seluruh negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/14/konvesyen-dap-perak-kecoh-dakwa-ada-pengundi-hantu/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here