Ibu tunggal terpaksa melacur, demi sara 4 anak termasuk OKU

0
2

SEORANG ibu tunggal memilih jalan untuk ‘memperdagang diri’ selepas setahun tiada kerja demi menyara empat anak termasuk seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU).

Nasib malang wanita itu didedahkan oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga berkenaan bagi memberi sumbangan meringankan beban mereka.

Ebit berkata, lebih menyedihkan anak OKU yang berusia 17 tahun terpaksa menjaga adik-adiknya ketika ibu mereka keluar mencari reseki.

“Dugaan hidup seorang ibu tunggal kini direman kerana kesalahan aktiviti pelacuran.

“Memilih jalan salah dengan terlibat dengan pelacuran setelah setahun tiada kerja kantin dan menyara 4 orang anak. Seorang anak OKU,” catatnya di Facebook.

Ebit berkata, beliau akan membayar sewa rumah keluarga berkenaan RM300 sebulan dan membeli perkakasan elektrik serta barangan dapur un tuk keluarga itu.

“Akak yang 17 tahun oku lembam yang jaga adik-adik dan menguruskan adik-adik.

“Saya akan bayarkan sewa rumah untuk setiap bulan Rm300. Tadi saya belikan peti ais, mesin basuh, rice cooker dan belikan barang dapur. Rumah langsung tiada perkakas.

“Cuma ada katil 1. Suka adik ni beli aiskrim dan jajan-jajan. Saya beri duit belanja buat mereka,” katanya.

Ebit berkata, beliau menyantuni keluarga itu dengan ditemani ketua kampung yang turut membantu keluarga malang itu.

“Saya hadir bersama ketua kampung. Ketua kampung kini tolong beli barang lauk-lauk untuk kakak yang oku lembam masak. JKM ada beri RM300 baru ini.

“Saya beri duit belanja kepada ketua kampung dan juga buat adik-adik ni. Baik-baik adik-adik ni. Sempat berkongsi nasihat dan doa buat mereka. Ujian kerana kasih sayang Allah,” tulisnya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here