Kompaun 10,000: Anwar bidas kerajaan PN, tak peduli nasib rakyat

0
2
anwar ibrahim

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melaksanakan denda kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anwar menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak cakna nasib rakyat atas kemampuan untuk membayar denda RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.

“Bagaimana mungkin kita benarkan rakyat Malaysia yang miskin yang sudah pun dibebankan dengan kepayahan yang dahsyat, dikurung dipenjara kerana tidak mampu membayar denda?

“Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini?Apakah kerajaan ini bersedia untuk mendengar rintihan rakyat, atau apakah ia akan terus untuk tidak mempedulikannya sambil terus menyalahgunakan Pengisytiharan Darurat? ” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, apa yang berlaku secara tidak langsung menampakkan wujudnya hukuman pilih kasih di mana terdapat segelintir orang-orang besar, ahli politik serta pegawai kerajaan yang secara terang-terangan melanggar SOP PKP tanpa sebarang tindakan lanjut atau denda.

Jelas Anwar, ini juga bukti nyata kerajaan mengamalkan sikap antara dua darjat dalam menguatkuasakan peraturan tatkala rakyat terus dimangsakan secara berterusan, katanya yang juga Presiden PKR itu

“Kerajaan harus lebih peka dengan nasib dan kepayahan yang ditanggung rakyat saat ini. Ramai yang telah kehilangan pekerajaan dan hilang punca pendapatan.

“Kadar denda yang tidak munasabah itu menyerlahkan kecenderungan yang autokratik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak merampas kuasa tahun lalu melalui rencana yang jelek dan hina,” katanya.

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here