All England medan beregu wanita bukti keunggulan

0
4

JUARA beregu wanita Terbuka Switzerland, Pearly Tan-M Thinaah masih memerlukan masa untuk menggilap kekuatan setanding dengan beregu wanita utama dunia yang lain.

Kejohanan All England, bermula Rabu ini akan menguji kematangan mereka untuk berdiri sama tinggi dengan pencabar-pencabar handalan dari negara lain.

Jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming menjelaskan walaupun Pearly-Thinaah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak Siri Jelajah Dunia awal tahun ini, perjalanan mereka hanya baru bermula.

Justeru Chong Ming tidak mahu gandingan itu dibebani dengan harapan yang terlalu tinggi terutama oleh peminat badminton negara apabila beraksi di All England.

“Menjuarai Terbuka Switzerland sememangnya cukup menggembirakan kita.

“Barisan jurulatih juga mahu melihat kemampuan mereka dalam penampilan sulung di All England, sama seperti peminat badminton negara,” katanya yang dipetik daripada portal CakapSukan.

Namun katanya, All England adalah berbeza dengan Terbuka Switzerland dan pasangan negara masih dalam proses persediaan sebelum dapat memberi cabaran kepada lawan dari Jepun, Korea Selatan dan China.

Bagaimanapun, Chong Ming percaya andai diberi masa untuk gandingan itu meningkat, mereka mampu memberi saingan kepada lawan yang lebih ternama.

Di All England, Pearly-Thinaah akan membuka kempen menentang pilihan keempat dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Pearly, 20, dan Thinaah, 23, baru digandingkan pada 2019 dan kejuaraan di Terbuka Switzerland adalah gelaran pertama dalam Siri Jelajah Dunia. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here