Usah berdalih laksana undi 18 tahun

0
1

KENYATAAN Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan undi 18 tahun walaupun Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 adalah amat mengecewakan.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara itu pastinya bertentangan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Asyraf Wajdi berkata pada 3 November lalu Takiyuddin menjelaskan di Parlimen bahawa pelaksanaan undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

“Pemuda BN merasakan semacam wujud usaha untuk menggagalkan undi 18 automotik ini yang hakikatnya telah diluluskan setelah dipinda Perlembagaan dengan undian sebulat suara di Parlimen.

“Justeru tidak wajar untuk Ahli MPT Bersatu yang juga Yang DiPertua Dewan Negara mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap satu dalih bahkan cubaan meremehkan anak muda berumur 18 tahun ke atas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Pemuda BN mendesak agar kerajaan segera menyatakan pendirian dan menjelaskan status perlaksanaan Undi 18 Tahun ini agar rakyat terutama generasi muda tidak merasa terhina atau dikhianati dengan kenyataan bercanggah daripada pemimpin parti pemerintah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here