Pengarah, pengurus direman bantu siasatan rasuah RM142 juta

0
1
grafik

EMPAT individu membabitkan dua pengarah dan dua pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Kesemua suspek ditahan berhubung tender projek bekalan air luar bandar di Semporna, Sabah bernilai kira-kira RM142 juta pada 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini, setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Laporan Bernama yang memetik sumber berkata, semua suspek yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun.

Menurutnya, mereka ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here