Lawatan ke Arab Saudi sangat berjaya – PM

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi sebagai sangat berjaya.

“Ia sangat berjaya,” kata beliau semasa mengakhiri lawatan pada Selasa (Rabu di Malaysia), lapor Bernama.

Selain meningkatkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh, lawatan itu membuahkan beberapa hasil positif untuk Malaysia.

Antara perkara penting yang dicapai adalah tambahan 10,000 kuota jemaah haji serta pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan proses prapelepasan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Perkara lain termasuk perbincangan mengenai kemungkinan Arab Saudi meningkatkan import minyak sawitnya daripada 318,000 tan bernilai RM900 juta tahun lepas kepada 500,000 tan dalam masa terdekat. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/06/pm-mulakan-lawatan-ke-arab-saudi-bincang-urusan-jemaah-haji-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here