‘Sakat’ Hadi: Pemuda PAS terkilan, marah

0
1
ir khairil nizam

YA, saya terkilan dan marah! Demikian tegas Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berhubung tindakan Exco Pemuda Umno, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin yang memuat naik hantaran ‘menyakat’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia berkaitan satu hantaran di Facebook yang mempersoalkan mengapa Presiden PAS tidak dijemput dalam lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi.

“Dalam bulan Rejab yang penuh dengan barokah ini. Pagi petang, siang malam, setiap hari, kita bincang dan usahakan untuk perkasakan Perpaduan Ummah.

“Tiba-tiba ada Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia jadi batu api. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Kita minta pernohonan maaf secara terbuka,” kata Khairil Nizam menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, pihaknya telah menyampaikan perkara itu Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketuanya, Shahril Hamdan.

“Kalau tak jalan juga, saya akan datang ke pejabat Pemuda Umno Malaysia di PWTC,” tegasnya.

Terdahulu, Shahrul Nasrun memuat naik satu hantaran di Facebooknya yang menyoalkan mengapa Abdul Hadi tidak dijemput dalam lawatan rasmi ke Arab Saudi, sedangkan beliau adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri. – Malaysiapost


Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/09/padam-hantaran-menyakat-presiden-pas-selepas-terima-kecaman/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here