Raja Petra yang tak boleh ‘menyalak dan menggigit’ – Puad

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

Nurul Huda Abhar

“RAJA Petra Kamaruddin dakwa saya adalah anjing yang tidak lagi boleh ‘menyalak dan menggigit’,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, kenyataan Raja Petra itu susulan perintah injuksi yang dikeluarkan mahkamah bagi menghalangnya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah membabitkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Ada orang hantar posting RPK (Raja Petra Kamaruddin)-Malaysia Today kepada saya. Saya memang tidak baca Malaysia Today. Rupanya dia banyak menulis pasal saya.

“RPK dakwa saya adalah anjing yang tidak lagi boleh “menyalak dan menggigit” kerana injunksi (sebelah pihak) terhadap saya.

“Tetapi saya tidak lari lintang pukang ke luar negara macam dia. Sanggup lari ikut jalan tikus kerana takut tindakan Mahkamah. Sampai hari ini duduk London,” katanya di Facebook, pagi ini.

Mohd Puad berkata, kenyataan tidak boleh ‘menyalak dan menggigit’ sebenarnya boleh disifatkan kepada Raja Petra sendiri.

“Dua hari selepas posting itu disiarkan dalam FBnya,ia cuma dapat 34 likes, tujuh komen dan tiga share.

“Semoga RPK berjaya meniagakan ‘Malaysia Today’ untuk meneruskan nafkah hidupnya,” ujarnya lagi.

Sabtu lalu, Mohd Puad membuat laporan polis terhadap Raja Petra berkenaan satu artikel bertajuk ‘AMC In Chaos, Puad Chickens Out And Backs Down’ yang telah diterbitkan portal Malaysia Today, Selasa lalu.

Mohd Puad menjelaskan laporan polis itu dibuat kerana penulis didakwa telah melemparkan kenyataan tidak benar terhadapnya bersandarkan kepada surat-surat peguam dan emel mahkamah yang tidak patut berada di dalam milikan Raja Petra.

Dalam hal itu, katanya, tujuan laporan polis tersebut adalah berkenaan dengan surat daripada peguamcaranya dan peguamcara Tan Sri Muhyiddin Md Yassin serta emel daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah yang merupakan dokumen yang dikongsi secara sulit dan peribadi.

Selain itu, beliau berkata, adalah agak mustahil bagi dokumen-dokumen tersebut diperolehi oleh Raja Petra kerana ia tidak boleh diakses di laman awam (public domain).

“Selain itu, tindakan saman oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap saya adalah suatu tindakan yang diambil secara peribadi oleh beliau dan tidak melibatkan kepentingan awam ataupun institusi kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

Tidak patut berada di dalam milikan Raja Petra – Puad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here