Lawatan Muhyiddin lonjak hubungan Riyadh-KL

0
1
RIYADH, 9 Mac -- Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman di ibu negara itu disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud. Baginda secara peribadi datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di sini untuk menyambut sendiri Muhyiddin dan isteri setiba mereka dari Madinah pada jam 8.25 malam, Isnin (1.25 pagi Selasa, waktu Malaysia). Kesudian Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut sendiri Muhyiddin di lapangan terbang itu adalah di luar jadual. Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Muhyiddin kini dalam hari ketiga lawatan rasmi selama empat hari ke negara itu atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud dengan kemuncaknya ialah pertemuan dengan baginda secara maya di Istana Al Yamamah di sini, esok. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA RIYADH, March 9 -- In the spirit to further strengthen bilateral ties between Malaysia and Saudi Arabia, the arrival of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman here today was greeted by the kingdom's Crown Prince. Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud personally was at the King Khalid International Airport here to welcome Muhyiddin at 8.25 pm Monday (1.25 am Tuesday in Malaysia). The decision to receive Muhyiddin at the airport was not in the Crown Prince’s original itinerary. Muhyiddin is on the third day of his four-day official visit to Saudi Arabia at the invitation of the ruler King Salman bin Abdulaziz Al-Saud. The visit is aimed at strengthening traditional areas of cooperation and forging greater partnership in new areas, such as new technology and innovation, as well as energy collaboration. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

MENTERI Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud percaya lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin ke negara itu akan melonjak hubungan dua hala Riyadh-Kuala Lumpur ke tahap yang lebih kukuh pada masa depan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bukan sahaja demi kepentingan kedua-dua negara tetapi juga dunia Islam secara keseluruhan,” katanya kepada media Malaysia di kementeriannya di Riyardh, semalam.

Beliau juga menyifatkan lawatan Muhyiddin itu akan memberi penuh bertenaga kepada hubungan berkenaan.

Putera Faisal berkata, kedua-kedua negara mahu menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi yang akan membantu menginstitusikan kerjasama itu dan bukannya bergantung kepada kerjasama tertentu sahaja.

“Kami kini mempunyai proses institusi yang kukuh yang akan memberikan hasil untuk kedua-dua negara dan memastikan kita membuat tindakan susulan mengenai peluang ini,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Katanya, terdapat banyak peluang antara kedua-dua negara, contohnya, dalam bidang pelaburan, suruhanjaya bersama, pendidikan dan pembangunan saintifik.

Menurutnya, mekanisme itu akan membantu mereka membuat susulan mengenai perjanjian dan perbincangan yang dipersetujui supaya dapat meneruskan momentum kukuh dalam hubungan dua hala.

Mengenai memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai oleh kedua-kedua negara esok, Putera Faisal berkata, ia termasuk Perkhidmatan Jalan Raya Makkah yang akan memudahkan jemaah haji dari Malaysia melawat negara itu dengan menyelesaikan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua negara itu dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobia.

“Dalam dunia hari ini, kami sangat tercabar dalam semua bentuk diskriminasi, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia menjadi pemimpin kerana menonjolkan sikap toleransi dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh membantu mengukuhkan mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami bersedia bekerjasama dengan semua orang dari pelbagai agama dan kepercayaan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

PM mulakan lawatan ke Arab Saudi, bincang urusan jemaah haji Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here