Pearly Tan-M Thinaah lakar sejarah di Terbuka Switzerland

0
1

PASANGAN beregu muda wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejutan apabila muncul juara Terbuka Switzerland dalam aksi final di St Jakobshalle Basel, semalam.

Mereka menewaskan pilihan ketiga kejohanan dan ranking ke-14 dunia dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12 dalam tempoh 43 minit.

Ia sekali gus melakar pencapaian membanggakan apatah lagi ia kejuaraan yang pertama bagi pasangan negara tersebut pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.

Pearly-Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara dengan laluan cemerlang dalam kejohanan kali ini termasuk menumpaskan rakan senegara yang juga beregu senior, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean 10-21, 21-14, 21-16 dalam aksi separuh akhir pada 6 Mac lalu.

Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-30 dunia mempamerkan aksi meyakinkan di set pertama apabila mendahului Gabriela-Stefani hampir keseluruhan permainan namun goyah seketika selepas lawan mendahului 19-17.

Bagaimanapun gandingan negara itu kekal tenang sebelum meraih kemenangan 21-19. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here