Gara-gara buang buku dalam sungai, KASA cari pelajar terlibat

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) ingin menjemput pelajar yang tular kerana membuang buku ke dalam sungai baru-baru ini, untuk bersama-sama membersihkan sungai sempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac ini.

KASA menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, tujuan kementerian itu adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai.

“Sekiranya ada pihak yg mengenali adik ini, pihak KASA ingin menjemput adik ini untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia) bagi bersama-sama kita gerakkan program membersihkan sungai di seluruh negara bersempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2021 nanti.

“Insyaallah, melalui didikan dan sokongan masyarakat, bukan sahaja adik ini, malah ramai lagi pihak akan lebih peka tentang kebersihan sungai,” tulis hantaran itu hari ini.

Baru-baru ini tular tindakan seorang pelajar membuang buku sekolah di sungai bagi ‘meraikan’ sempena selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video tersebut dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok sebelum tersebar di laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar tersebut yang dianggap bukan sahaja tidak menghormati ilmu malah mencemarkan alam sekitar.

Malah, netizen menyifatkan golongan seperti ini sudah terlalu tenat sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menjadi ‘viral’ di laman sosial. – Malaysiapost

Artikel barkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/07/jpj-buru-pemilik-motosikal-dibonceng-pelajar-hina-guru/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here