Tun M terima suntikan vaksin di Langkawi

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Sultanah Maliha Langkawi, pagi tadi.

Perkembangan itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Semoga Tun Dr Mahathir diberikan pelindungan dan kesihatan yang baik dari jangkitan Covid-19.

“Insya-Allah. Sila berdaftar dalam talian di Mysejahtera untuk mendapatkan temujanji suntikan Covid-19 dengan secepat mungkin. Lindung diri, Lindung semua,” katanya.

Penerima fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu adalah dalam kalangan petugas barisan hadapan serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah pendaftaran secara dalam talian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah melalui laman web www.vaksincovid.gov.my.

Orang ramai turut boleh melakukan pendaftaran dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula 22 Februari lalu menerusi aplikasi MySejahtera. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/05/hampir-10000-sudah-terima-vaksin-dr-noor-hisham/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here