“SEBAGAI warga emas saya ingin mengajak bukan sahaja yang berumur seperti saya, tetapi juga rakyat yang lebih muda untuk turut bersama divaksin apabila tiba giliran nanti,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau meminta orang ramai menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Hospital Sultanah Maliha Langkawi hari ini.
“Hari ini saya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Langkawi untuk lihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1.
“Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua ‘frontliners’ di sini. Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Kuah, Hospital Langkawi dan para barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan program vaksinasi berjalan lancar.
“Alhamdulillah selepas suntikan saya tidak berasa apa-apa yang luar biasa,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/07/tun-m-terima-suntikan-vaksin-di-langkawi/

