Sembilan daerah kembali zon hijau

0
1

SEBANYAK sembilan daerah di Semenanjung Malaysia kini telah kembali ke zon hijau daripada wabak Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan itu berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia dari 22 Februari hingga hari ini. Menurutnya, daerah yang kembali ke zon hijau adalah Kedah, Terengganu, Pahang dan Perak. “Langkawi, Padang Terap, Kubang Pasu, Kemaman, Hulu Terengganu, Cameron Highlands, Raub dan Kampar di Semenanjung kini telah kembali ke zon hijau. “Sila duduk di rumah dan jika terpaksa keluar patuhilah segala prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Menurutnya, orang ramai perlu memastikan tahap disiplin yang tinggi untuk memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here