Anwar mahu Negeri Sembilan jadi kubu kuat PH

0
3

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Negeri Sembilan kekal dipertahankan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus menjadi kubu kuat gabungan tersebut.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Port Dickson tersebut menggesa semua kepimpinan serta jentera parti melipat gandakan usaha dan bersiap sedia mendepani PRU15 yang akan tiba pada bila-bila masa.

“Negeri Sembilan harus kita pertahankan dan jadikannya antara kubu kuat PH. Kehendak dan keperluan rakyat mesti terus jadi agenda utama.

“Pimpinan, anggota dan aktivis parti juga diingatkan untuk sentiasa komited pada keadilan, gilap idealisme, tolak rasuah serta tingkatkan gerak kerja dan disiplin.

“Wadah ini adalah wadah rakyat yang dambakan reformasi dan perubahan, justeru mari bersama rangkul kekuatan dan laksana hasrat rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan bersama pimpinan dan anggota PKR Negeri Sembilan di Port Dickson. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here