SEBANYAK 1,683 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes wabak itu di negara ini meningkat kepada 313,460.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 1,673 adalah kes penularan tempatan manakala selebihnya kes import.
“Jumlah kes sembuh baharu adalah 2,506 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 291,958 kes atau 93.14 peratus,” kata KKM.
Selangor mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 746 kes diikuti Sarawak (201), Pulau Pinang (172), Johor (158) dan Kuala Lumpur (125).
Negeri-negeri dengan kes di bawah 100 ialah Sabah iaitu 99 kes, Negeri Sembilan dan Perak masing-masing 48 kes, Perlis (24), Kedah (15), Kelantan dan Pahang masing-masing 12, Terengganu (10), Labuan (8), Melaka (3) dan Putrajaya (2).
Menurut KKM lagi, jumlah kes aktif di seluruh negara ketika ini adalah 20,333 kes.
Katanya, sebanyak tiga lagi kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 1,169 kes. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/28/kkm-terus-cari-strategi-hadapi-peningkatan-kes-covid-19/

