Biar bodoh, tapi akhlak mulia

0
1

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Abdullah Khairi Haroon kesal dengan sikap segelintir pelajar yang tidak menghormati guru. 

Malah, lebih mengecewakan kata Abdullah Khairi, para guru yang setia mencurahkan ilmu sepatutnya menerima ucapan terima kasih, tetapi telah dilemparkan kata-kata cacian oleh pelajarnya. 

Jelas Abdullah Khairi, keperibadian seseorang individu itu tidak diukur dengan kecerdikan atau kepandaian semata-mata, tetapi menerusi nilai akhlak yang tinggi yang dapat ditonjolkan. 

“Anak bangsaku! Sudah hilang akhlakmu. Kamu ingat kamu boleh membaca, mengira dan menulis kerana dirimu sendiri!

“Tidak salah biar bodoh tetapi akhlak mulia. ‘Cikgu terima kasih atas segalanya!’ Tidak salah pun,” katanya di Instagram. 

Terdahulu, tular di media sosial foto seorang pelajar menconteng kata-kata cacian pada pakaian seragam sekolah yang ditujukan kepada guru.

Dipercayai, pelajar berkenaan baru sahaja selesai menjawab kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perbuatan menconteng pakaian seragam sekolah dilihat sebagai trend dan menjadi simbolik berakhirnya alam persekolahan kepada pelajar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here