Musuh bagai cacing kepanasan, Zahid gesa ahli Umno jangan hilang fokus

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

SELEPAS menyeru seluruh ahli Umno memperhebatkan penggunaan media sosial bagi mendukung perjuangan parti, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Facebook miliknya teruk diserang lawan.

Bagaimanapun serangan itu telah dijangka Ahmad Zahid yang menyifatkan musuh ibarat cacing kepanasan apabila jentera Umno telah menyahut seruannya untuk memperhebatkan penggunaan media sosial bagi menangkis segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada parti.

“Beberapa hari lalu saya seru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN ‘all out’ gunakan media sosial.

“Tentera siber marah serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya. Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahualam..

“Tetapi apa maksudnya di sini tuan-puan para jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN sekalian? Ini bermaksud mereka kalut dengan seruan itu. Mereka resah semboyan bersahut,” katanya di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menyindir beberapa kumpulan musuh politik yang mula gelisah apabila rakyat mula celik mata dan menyedari bahawa Umno dan Barisan Nasional yang konsisten membela nasib rakyat selama ini.

“Kluster Fitnah bimbang rakyat tahu akan kebenaran – akan tahu pernah diperdayakan bos mereka. Kluster Kuasa khuatir bos hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN jua yang terbaik untuk mereka. Kluster Cari Makan takut UMNO/BN bangkit kuat bos hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh.

“Kepada yang memberi nasihat dan cadangan kita ucapkan ribuan terima kasih. Justeru saya pinta tuan-puan jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid menggesa kepada semua ahli Umno terutamanya jentera parti supaya tidak hilang fokus dan tumpuan untuk terus bertempur di media sosial bagi memastikan Umno terus bangkit menjelang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

“Iltizam kita untuk memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara. InsyaAllah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua.

“Abaikan ‘reverse psychology’ tentera siber. Kita belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.

“It is never too late. PRU14 kita jadikan sempadan. PRU15 objektif destinasi kejayaan kita bersama,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/zahid-minta-jentera-umno-bn-all-out-manfaat-media-sosial/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here