AIM nafi akan diswastakan

0
1

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan dakwaan bahawa badan bebas itu akan diswastakan. 

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata dakwaan itu tidak benar dan AIM masih kekal sebagai badan amanah persendirian dengan berbekalkan peranan dan fungsi sedia ada. 

Sebaliknya, katanya, AIM telah menerima beberapa cadangan kerjasama dari beberapa syarikat swasta untuk menubuhkan Bank Digital di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) pada masa depan. 

“AIM juga sedang berusaha mengembangkan lagi peranannya untuk menjadi sebuah Bank Digital tanpa menjejaskan Skim Pinjaman Mikro Kredit khusus untuk sahabat AIM. 

“Setelah menilai dan menerima maklum balas pelbagai pihak, AIM membuat keputusan terus kekal dengan prinsip, peranan dan fungsi seperti sedia ada tanpa menjejaskan kebajikan pekerja dan sahabat AIM,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Menurut Lajim, bagi memastikan tanggungjawab dan matlamat itu terlaksana, AIM telah membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion dari kerajaan dan institusi kewangan dalam negara sepanjang penubuhannya sejak 17 September 1987. 

Katanya, fokus utama AIM pada 2021 adalah untuk memperkasakan sahabat AIM sedia ada melalui pinjaman mikro kredit selain membantu dalam pemasaran digital sejajar dengan cabaran dihadapi akibat Covid-19. 

“AIM juga komited membantu sahabat yang terkesan akibat bencana dengan menyalurkan bantuan bantuan sewajarnya,” katanya.- Malaysiapost

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/pkr-mahu-penjelasan-aim-bakal-dikorporatkan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here