Liga M: KBS akan kemuka cadangan kepada kerajaan

0
1

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan berhubung kehadiran penonton kemudian, setelah saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 mula berlangsung.

“Step by step, untuk manfaat semua,” kata Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini, sambil memaklumkan buat masa ini kehadiran penonton ke stadium masih belum dibenarkan.

Reezal Merican berkata, bola sepak merupakan sukan yang amat dekat di hati rakyat Malaysia, justeru pihaknya tidak mahu lagi saingan liga tempatan dihentikan.
Semalam, beliau melancarkan Liga M 2021 yang akan bermula pada 5 Mac 2021 ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata beliau tahu ramai yang ternanti-nanti dan tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran masing-masing.

“Tahniah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas usaha keras dan perancangan teratur untuk mengembalikan bola sepak kepada rakyat Malaysia.

“Begitu juga pasukan KBS yang turut terlibat dalam membawa perancangan serta SOP gelembung sukan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Harapan saya supaya MFL dan seluruh pemegang taruh akan berusaha keras untuk memastikan penganjuran liga ini menjadi penanda aras terbaik kepada pematuhan SOP dan pelaksanaan gelembung sukan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/02/siaran-langsung-aksi-sumbangsih-liga-super-di-semua-platform-unifi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here