‘Tak manis PKR terima lompatan wakil rakyat Amanah’ – Salahuddin

0
1

PARTI Amanah Negara (Amanah) menzahirkan rasa kurang selesa terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik ‘lompatan’ tiga wakil rakyatnya ke parti itu.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua parti yang mendokong Pakatan Harapan (PH) itu sepatutnya menjaga semangat setiakawan antara satu sama lain.

“Menahami semangat setiakawan dalam PH sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponan PH menerima mana-mana ahli parti rakan .

“Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yg membentuk pakatan atau gabungan (coalition),” ciapnya.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai tidak menyatakan pendirian partinya sama ada merestui atau sebaliknya tindakan tiga orang wakil rakyatnya itu.

Malah setakat ini Amanah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor yang membuat tindakan drastik menyertai PKR.

Semalam, media melaporkan bahawa Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota), ketiga-tiganya dari Amanah telah melompat ke parti kawan mereka iaitu PKR.

Pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amanah telah berjaya menawan sembilan kerusi DUN Johor.

Difahamkan, beberapa Adun Amanah bukan sahaja di Johor, akan mengikuti jejak tiga rakan mereka ini dalam masa terdekat. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here