‘Kerajaan PN cakap tak serupa bikin’ – Aziz Bari

0
1
aziz bari

Najamuddin Mohd Nor

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) cakap tak serupa bikin, demikian kata Timbalan Pengerusi DAP Perak,  Dr Abdul Aziz Bari.

Kenyataan itu susulan kekecewaannya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah, baru-baru ini.

“Dulu mereka tuduh PH (Pakatan Harapan) galakkan faham liberal, beri ruang untuk LGBT. Tapi Bila mereka dapat kuasa mereka tak tahu nk buat apa,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi itu berkata, lebih mendukacitakan perkara ini terjadi ketika Kerajaan PN yang dikatakan kerajaan Melayu Islam menguasai tampuk pemerintahan negara ini.

“Ini menyebabkan puak2 LGBT bersorak gembira. Ini berlaku ketika negara ditadbir oleh parti2 Melayu yang Selama ini mendabik dada pembela Islam.

“Menteri Agama Dr Zul tak tahu nak jawab, mengelak. Menteri Undang-Undang terkedu. Dua hari kemudian baru buat kenyataan. Itu pun berpusing-pusing dan tidak jelas apa yang hendak dia buat.

“Sementara itu Umno dan Bersatu tidak berkata apa-apa, memang pun puak bukan peduli isu ni pun. PM (Perdana Menteri) sibuk nak beli orang Sebab Agong dah titah supaya parlimen bersidang,” kata Timbalan Pengerusi DAP Perak itu.

Khamis lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan penetapan seks luar tabii sebagai jenayah di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.

Menurut Tengku Maimun, Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor, dan undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam seksyen berkenaan hanya boleh digubal melalui Parlimen.

Sementara itu dalam satu ucapan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Menurut  Zulkifli, pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama penasihat undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung kesan dan implikasi keputusan tersebut. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/27/keputusan-mahkamah-persekutuan-cetus-lebih-banyak-kekeliruan-tok-mat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here