Gesa kaji semula hubungan Amanah-PKR

0
1

KERJASAMA politik antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa untuk dikaji semula.

Gesaan itu disuarakan kepimpinan Amanah Cawangan Bukit Bintang yang kesal dengan tindakan PKR menerima wakil rakyat Amanah yang melompat parti untuk menyertai PKR, baru- baru ini.

“Kami pimpinan Amanah Cawangan Bukit Bintang menggesa pimpinan Amanah Nasional supaya mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR dan kedudukan parti tersebut dalam PH setelah menerima tiga ADUN Amanah Johor dan dua ADUN Amanah Selangor yang melompat.

“Senario ini mengeruhkan lagi hubungan serta mencalarkan semangat setiakawan antara parti-parti dalam PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Amanah Bukit Bintang menyokong kenyataan Timbalan Presiden parti itu yang menyesali tindakan PKR kerana ‘kurang manis’ menerima lompatan wakil rakyat dari kalangan parti rakan PH.

“Kami juga menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyesali tindakan parti rakan PH yang menerima ADUN Amanah yang melompat. Tindakan ini melambangkan tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk,” kata kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan bahawa Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota), ketiga-tiganya dari Amanah telah melompat ke parti kawan mereka iaitu PKR.

Tahun lalu, dua orang wakil rakyat Amanah di Selangor telah melompat menyertai PKR iaitu Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak). -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/27/adun-amanah-keluar-parti/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here