MEMANG tidak dinafikan ujian saringan Covid-19 adakalanya memeritkan kerana hidung dan mulut terpaksa dijolok untuk menentukan sama ada positif atau sebaliknya.
Pelbagai ragam terpaksa ditempuhi petugas kesihatan dalam melakukan ‘swab test’. Ini kerana tidak semua yang terpaksa menjalani ujian saringan ini berani. Malah ada yang menggigil dan ada juga yang menangis ketakutan.
Namun, kisah yang dipaparkan menerusi laman Twitter nyata membingungkan petugas kesihatan malah terkedu dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba terus melarikan diri.
Dalam video yang tular di Twitter, seorang pekerja ladang kelapa sawit sedang melakukan ujian saringan Covid-19.
Pada awalnya pemuda itu kelihatan tenang dan bersedia untuk menjalani ujian saringan tersebut sambil diperhati oleh dua orang petugas kesihatan.
Sebaik sahaja hidungnya dijolok, lelaki itu tidak semena-mena terus menggelupur. Gara-gara terlampau takut, lelaki itu secara bersahaja terus melarikan diri dengan sekuat hati dan masuk semula ke ladang kelapa sawit.
“Tapi tak sempat lagi nak jolok habis dah menggelupur … Lepas tu terus lari laju-laju masuk balik ladang,” tulis ‘caption’ di Twitter itu.
Insiden itu meskipun lucu, namun membuatkan dua petugas kesihatan itu terpinga-pinga kebingungan.
Meraih lebih 40,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen terhibur dengan keletah lelaki itu yang tidak menyangka kesudahan video itu berakhir dengan lelaki itu lari ketika menjalani saringan Covid-19 itu.
Dalam pada itu, terdapat netizen yang memberi komen bergurau dengan mencadangkan pelbagai idea kepada petugas kesihatan jika berhadapan dengan situasi seperti itu.
“Kalau jenis macam ni, kena kasi tidur dulu lepas tu baru ambil sample atau pun ikat je kat tiang sebelum jolok hidung.
“Rasa berdosa pulak tak gelak, kalau macam ni kena kasi ubat tidur dulu nurse.
“Aku syak kalau nurse tu cantik macam model, memang lelaki tu tak lari, dia tadah je lubang hidung tu,” kata netizen. -Malaysiapost

