Vaksin: 1 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar

0
1

SERAMAI 1 juta individu telah mendaftar sebagai penerima vaksin, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Menerusi ciapan di akaun Twitternya, beliau berkata, lebih ramai petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin tersebut.

“Ia selamat, ia efektif. Ayuh tamatkan pandemik ini. Ambil vaksin. Daftar hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau meminta kerjasama rakyat Malaysia untuk mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri bagi pengambilan vaksin Covid-19.

Pendaftaran vaksin tersebut di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi tiga hari lalu melalui aplikasi MySejahtera pada 24 Februari lalu.

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my

Bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here