HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 naik lima sen seliter bagi tempoh seminggu berkuat kuasa tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM2.05 manakala RON97 ialah RM2.35.
Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.
“Ini dilakukan walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan turut memaklumkan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/08/pejabat-kwsp-miri-dilempar-bom-petrol/

