Hukum pengambilan vaksin adalah harus

0
1

MALAYSIA telah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia berkenaan hukum pengambilan vaksin Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin ini (vaksin Covid-19) selamat dan halal digunakan.

“Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus),” katanya seperti dilapor Bernama.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjelaskan bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here