UCL: Bayern belasah Lazio, Chelsea atasi Atletico

0
1
bayern munich

JUARA bertahan, Bayern Munich mengetepikan persembahan buruk dalam saingan domestik apabila menang 4-1 mengatasi Lazio pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Robert Lewandowski memberikan gol awal buat Bayern sebelum pemain berusia 17 tahun, Jamal Musiala meledak jaringan sulungnya dalam Liga Juara-Juara pada penampilan keempatnya di Eropah.

Gol Leroy Sane memberikan kelebihan tiga gol buat Bayern pada babak pertama di Stadio Olimpico, lapor AFP.

Dua gol dijaringkan dalam tempoh tiga minit selepas rehat dengan Acerbi menjaringkan gol sendiri selepas serangan balas pantas Bayern sebelum penyerang Lazio, Joaquin Correa mengambil kesempatan pertahanan lemah bagi mengatasi Manuel Neuer pada minit ke-49.

Sementara itu dalam satu lagi aksi di Bucharest, sepakan gunting Olivier Giroud mengecewakan Atletico Madrid sekali gus menyaksikan Chelsea berjaya melakar kemenangan 1-0 untuk memberikan kelebihan kepada skuad bimbingan Thomas Tuchel pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Gol akrobatik Giroud pada awalnya tidak dikira kerana ofsaid namun semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR) menyaksikan Mario Hermoso adalah pemain terakhir menyentuh bola sekali gus menyukarkan misi Atletico untuk melangkah ke saingan suku akhir. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here