MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan program vaksinasi di negeri itu akan bermula Ahad ini dan satu mesyuarat berkaitannya akan diadakan esok.
Katanya, setakat ini penularan Covid-19 di negeri itu terkawal dengan dan ujian swab terus dijalankan ke atas pekerja industri dan tapak pembinaan.
“Kelmarin di Kedah, ada 15 kes saja, sembilan daripadanya adalah pekerja kilang. Kes muka mingkat apabila kita lakukan ujian swab untuk pekerja industri dan tapak bina.
“Kalau tak ada kes ini saya ingat dalam tujuh atau lapan kes saja. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada orang Kedah yang patuh Prosedur Operasi Standard (SOP). Penularan dalam kalangan warga tempatan,memang minimum,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Beliau juga memaklumkan akan menjadi orang pertama di vaksin di negeri itu.
“Orang pertama akan disuntik vaksin di Kedah adalah saya, kemudian barisan Exco dan petugas barisan depan,” katanya.-Malaysiapost
Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/23/ketibaan-vaksin-perlihat-usaha-kerajaan-kekang-covid-19/

