Persenda guru di TikTok, DJ Yusuf letak jawatan

0
1

SELEPAS terpalit dengan kontroversi mempersenda seorang guru di TikTok, penyampai radio, Muhammad Yusuf Shukri meletakkan jawatan di stesen radio Hitz Sarawak, semalam.

Peletakan jawatan Yusuf atau lebih dikenali sebagai DJ Yusuf itu disahkan stesen radio berkenaan selepas siasatan dalaman mengenai perkara itu dijalankan.

“Hitz Sarawak kekal komited bagi memastikan rakyat Malaysia menerima maklumat dan terhibur.

“Susulan siasatan dalaman berkaitan kontroversi baru-baru ini membabitkan salah seorang penyampai radio di stesen ini, kami menerima peletakan jawatannya.

“Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 22 Februari,” kata stesen radio terbabit.

Sebelum ini, Yusof mencetuskan kemarahan ramai selepas tindakan memuat naik video TikTok guru DidikTV sambil memaparkan reaksinya ketawa.

Susulan tindakan berkenaan, pelbagai pihak mendesak Hitz Sarawak memecat penyampai radio berkenaan selain meminta Yusuf memohon maaf secara terbuka.

Hitz Sarawak kemudian melalui kenyataan pada 19 Februari lalu, mengantung tugas Yusuf serta-merta.

Selepas dia digantung tugas, Yusuf menerusi video di Instagram meminta bantuan secara terbuka supaya dia dapat dihubungkan dengan guru terbabit bagi membolehkannya memohon maaf. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here