MyVi buat hal lagi, rempuh van hingga terbalik

0
1

SEORANG pemandu MyVi ditahan polis selepas merempuh dua kenderaan lain yang mengakibatkan seorang parah dalam kejadian di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang pemandu van parah selepas kenderaannya terbalik dirempuh MyVi berkenaan selain, sebuah kereta Proton Waja yang berada di kanan van itu juga remuk.

Malah, seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa apabila berada beberapa meter di belakang van berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata pemandu Myvi berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis.

“Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

“Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah. Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti dilapor BH.

Sementara itu katanya, pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here