Murtadkan wanita Islam: Ummah gesa tindakan tegas kepada pelaku

0
1
Idham Lim

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini berhubung kes seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam.

Laporan polis berkenaan dibuat Setiausaha Agungnya, Isham Lim yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera walaupun individu berkenaan dikatakan sudah membuat permohonan maaf.

Menurutnya, setakat ini difahamkan individu terbabit masih belum ditahan atau direman.

“Ada rakaman video dalam Facebook yang menunjukkan dia meminta maaf.

“Kami membuat laporan polis bagi menegaskan bahawa permohonan maaf itu tidak boleh diterima dengan tindakan yang telah menghina umat Islam.

“Pihak berkuasa mesti bertindak tegas terhadap pemuda ini atas isu yang telah dibangkitkan yang jelas menghina Islam,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkenaan.

Isham berkata, tindakan individu terbabit adalah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat di negara ini.

“Tindakan memurtadkan seorang Muslim di negara ini juga adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain didakyahkan kepada penganut agama Islam.

“Jadi ini satu penghinaan yang saya kira perlu diambil tindakan tegas,” katanya.

Menurutnya, pihak Ummah di setiap negeri dan jaringan badan bukan kerajaan (NGO) dibawahnya juga akan membuat laporan polis berkenaan kes berkenaan bermula hari ini hingga Khamis. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/21/identiti-lelaki-dipercayai-murtadkan-wanita-islam-dikenal-pasti-polis-johor/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here