Hina Lisa Blackpink, Janna Nick tutup Instagram dan Twitter

0
2

GARA-GARA menghina anggota kumpulan Blackpink, pelakon Janna Nick telah mengundang kemarahan netizen terutamanya peminat K-Pop itu.

Malah pelakon drama Leftenen Zana itu teruk dikecam netizen sehingga terpaksa menutup akaun Instagram dan Twitter.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada akaun-akaun itu dinyahaktifkan oleh Janna atau disebabkan laporan yang dibuat oleh netizen.

Kontroversi terbaru yang melanda Janna, 26, tercetus apabila lakonannya dalam telefilem terbaru dengan memegang watak Delen telah menggelarkan ahli Kumpulan Blackpink sebagai Lisa ‘Blackpig’.

Tinjauan di Twitter Hashtag #jannanickisgoingpartyjail masih lagi trending dan pelbagai kecaman daripada peminat K-Pop itu diterima oleh pelakon itu termasuk dari luar negara.

Bagaimanapun difahamkan, Janna yang juga pengacara Melodi sempat memuat naik status di Twitter berkenaan satu laporan polis susulan serangan ke atas dirinya sehingga mencetuskan provokasi serta fitnah terhadapnya .

Sehingga setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pelakon drama itu.

Terdahulu, Janna menafikan dakwaan tidak menghormati kematian seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu apabila videonya diperkatakan kembali. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here