Syuk bukan lagi penyampai Hot FM berkuasa kuasa hari ini

0
1

KONTRAK dan perkhidmatan pelawak Syuk Sahar atau Shuk sebagai penyampai radio Hot FM bagi segmen Geng Pagi Hot (GPH) ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.

“Siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga sudah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya dalam kenyataan.

Anida berkata, penamatan perkhidmatan Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar itu susulan tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung buat sementara pada 24 Januari lalu.

“Khidmat Shuk sebelum ini digantung buat sementara untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu kontroversi membabitkannya yang tular di media sosial,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen GPH tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari lalu menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi pembaharuan kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

“Reputasi Mark sebagai penghibur serba-boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

Syuk baru-baru ini kembali dengan berita bermain kayu tiga apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan perkara tersebut dalam laman Instagram (IG).

Pelawak yang mula dikenali menerusi sebuah program realiti televisyen itu dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Tindakan Shuk yang tidak pulang ke rumah dan menjalin hubungan dengan wanita tersebut memaksa isterinya mendedahkan kisah itu kepada umum.

Bagaimanapun, pada 9 Febuari lalu Syuk muncul bertemu Rossalennah kerana ingin meminta izin berkahwin lagi dengan lengkap berpakaian pengantin.

Setelah diterangkan, rupa-rupanya itu hanyalah gimik Shuk untuk meminang isterinya kembali dan memujuk supaya mereka berbaik semula. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/syuk-hantar-rombongan-meminang/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here