Pengasas Sugarbook diberkas

0
2

SEORANG lelaki tempatan yang juga pengasas aplikasi kontrovesi Sugarbook ditahan polis, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang.

“Permohonan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan Sugarbook sebagai aplikasi mencari teman di antara wanita muda atau ‘sugar baby’ dengan lelaki berusia dan berharta atau ‘sugar daddy’.

Malaysia dikatakan berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi berkenaan.

Selain itu, Sugarbook turut mendedahkan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya ‘sugar baby’, 180,000 ‘sugar daddy’ dan 6,000 ‘sugar mummy’ di Malaysia.

Aplikasi berkenaan menyatakan kebanyakan ‘sugar baby’ dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here